Wednesday, 10 October 2012

FILEM & DRAMA

Typical cerita Melayu, kebiasaannya baru menonton cerita tersebut, sudah boleh agak pengakhirannya... 

Antara situation yang biasa berlaku:- 
Pasangan yg telah berkahwin dan tidak memiliki anak.
·         si suami akan mula mencari pasangan yang lain dgn harapan utk memiliki zuriat sendiri.
·         si suami akan berkahwin lain tanpa pengetahuan si isteri
·         apabila si suami berkahwin lain dan mempunyai zuriat bersama pasangan barunya
·         si isteri pertama pasti akan mengetahui si suami telah mempunyai isteri lain, maka berlakulah perbalahan antara si suami dan isteri pertama.
·         di akhir cerita si suami akan meninggal dunia ataupun si isteri kedua akan meninggal dunia, anak yang dilahirkan akan diberi kepada isteri pertama.

Persoalannya adakah apabila berkahwin lain, pasti akan memiliki zuriat yg di idamkan???

Cerita sebegini boleh meracuni fikiran penonton terutamanya si isteri. Ini boleh menimbulkan pergaduhan di dalam rumahtangga.

Walaupun ianya hanya sekadar cerita tiada kena mengena samada yang hidup atau pun yang telah mati, manusia mudah tertipu dengan bisikan syaitan.

Banyak lagi cerita-cerita yang tidak dapat mendidik masyarakat. Terutamanya cerita-cerita hantu, dongeng dan sebagainya.

Hentikanlah cerita sebegini. Hidangkanlah cerita yang boleh mendidik masyarakat kearah kebaikan.


Monday, 8 October 2012

Magnum.. nyum..nyum


Tangan dihulur untuk bersalaman

"awak dah baligh kan,dah tak boleh bersalam"
"oh..ye..ok"
"jangan kecik hati yer.. Akak bukannya sombong tau"
"Nanti akak belanje magnum"
"osem..sy suke..sy suke"
"ceh suka sangat :)"

Friday, 5 October 2012

Jumaat Tiba Lagi

Jumaat yg penuh barakah....Walaupun dh petang, sempat lagi untuk membaca surah khafi untuk manfaat bersama :)