Friday, 15 June 2012

WRONG PASSWORD

Aku menghadapi masalah ini sejak sebulan yang lepas. Apabila log on, aku cuba menaip password di column "user name",Puas sudah aku mencubanya. Abjad di taip, tetapi yang kelihatan adalah number. 
Aku pun mengadu kepada rakan office. Ternyata 'num lk' di on kan. Hari ini baru masalah ini dapat diselesaikan. Ternyata aku masih banyak yang tidak ku ketahui. Dalam erti kata lain, aku ini buta IT :)

 

Tuesday, 12 June 2012

SYUKUR

Apabila nikmat kesihatan ditarik, bersyukur sangat apabila berada dalam keadaan sihat. Ibadah juga mudah dilaksanakan dengan sempurna.


Dalam apa jua keadaan senang ataupun sukar, solat perlu dilaksanakan. Jika tidak mampu berdiri, duduklah utk bersolat. Jika tidak mampu juga, berbaringlah. Begitu pentingnya solat. Janganlah kita sombong pada Allah. Kita hanya hamba Allah, dia mencipta dan akan mematikan kita. Bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan


Sunday, 10 June 2012

MONDAY BLUES

Apabila mengenangkan hari ini hari Isnin. Mulalah penyakit keMalasan melanda.
Malas nak bangun pagi, Malas nak iron baju, Malas untuk pergi kerja, Malas menempuh kesesakan lalu lintas. Yang paling menyampahkan adalah apabila minyak kereta tinggal se'bar'.belum lagi ditambah, tetiba-tiba system kumbahan beroperasi sesuka hati. Mengenangkan kerja office yang berlambak.

Kesimpulannya syaitan berada di mana-mana sahaja. mereka akan berusaha untuk menyesatkan umat manusia. Sebagai umat manusia beristigfarlah dan bersabarlah. Pedulikan istilah "Monday Blues", Teruskanlah kerja anda. Semoga Hari Isnin ini dipenuhi rahmat dan keberkatan