Wednesday, 10 October 2012

FILEM & DRAMA

Typical cerita Melayu, kebiasaannya baru menonton cerita tersebut, sudah boleh agak pengakhirannya... 

Antara situation yang biasa berlaku:- 
Pasangan yg telah berkahwin dan tidak memiliki anak.
·         si suami akan mula mencari pasangan yang lain dgn harapan utk memiliki zuriat sendiri.
·         si suami akan berkahwin lain tanpa pengetahuan si isteri
·         apabila si suami berkahwin lain dan mempunyai zuriat bersama pasangan barunya
·         si isteri pertama pasti akan mengetahui si suami telah mempunyai isteri lain, maka berlakulah perbalahan antara si suami dan isteri pertama.
·         di akhir cerita si suami akan meninggal dunia ataupun si isteri kedua akan meninggal dunia, anak yang dilahirkan akan diberi kepada isteri pertama.

Persoalannya adakah apabila berkahwin lain, pasti akan memiliki zuriat yg di idamkan???

Cerita sebegini boleh meracuni fikiran penonton terutamanya si isteri. Ini boleh menimbulkan pergaduhan di dalam rumahtangga.

Walaupun ianya hanya sekadar cerita tiada kena mengena samada yang hidup atau pun yang telah mati, manusia mudah tertipu dengan bisikan syaitan.

Banyak lagi cerita-cerita yang tidak dapat mendidik masyarakat. Terutamanya cerita-cerita hantu, dongeng dan sebagainya.

Hentikanlah cerita sebegini. Hidangkanlah cerita yang boleh mendidik masyarakat kearah kebaikan.


Monday, 8 October 2012

Magnum.. nyum..nyum


Tangan dihulur untuk bersalaman

"awak dah baligh kan,dah tak boleh bersalam"
"oh..ye..ok"
"jangan kecik hati yer.. Akak bukannya sombong tau"
"Nanti akak belanje magnum"
"osem..sy suke..sy suke"
"ceh suka sangat :)"

Friday, 5 October 2012

Jumaat Tiba Lagi

Jumaat yg penuh barakah....Walaupun dh petang, sempat lagi untuk membaca surah khafi untuk manfaat bersama :)






Friday, 15 June 2012

WRONG PASSWORD

Aku menghadapi masalah ini sejak sebulan yang lepas. Apabila log on, aku cuba menaip password di column "user name",Puas sudah aku mencubanya. Abjad di taip, tetapi yang kelihatan adalah number. 
Aku pun mengadu kepada rakan office. Ternyata 'num lk' di on kan. Hari ini baru masalah ini dapat diselesaikan. Ternyata aku masih banyak yang tidak ku ketahui. Dalam erti kata lain, aku ini buta IT :)

 

Tuesday, 12 June 2012

SYUKUR

Apabila nikmat kesihatan ditarik, bersyukur sangat apabila berada dalam keadaan sihat. Ibadah juga mudah dilaksanakan dengan sempurna.


Dalam apa jua keadaan senang ataupun sukar, solat perlu dilaksanakan. Jika tidak mampu berdiri, duduklah utk bersolat. Jika tidak mampu juga, berbaringlah. Begitu pentingnya solat. Janganlah kita sombong pada Allah. Kita hanya hamba Allah, dia mencipta dan akan mematikan kita. Bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan


Sunday, 10 June 2012

MONDAY BLUES

Apabila mengenangkan hari ini hari Isnin. Mulalah penyakit keMalasan melanda.
Malas nak bangun pagi, Malas nak iron baju, Malas untuk pergi kerja, Malas menempuh kesesakan lalu lintas. Yang paling menyampahkan adalah apabila minyak kereta tinggal se'bar'.belum lagi ditambah, tetiba-tiba system kumbahan beroperasi sesuka hati. Mengenangkan kerja office yang berlambak.

Kesimpulannya syaitan berada di mana-mana sahaja. mereka akan berusaha untuk menyesatkan umat manusia. Sebagai umat manusia beristigfarlah dan bersabarlah. Pedulikan istilah "Monday Blues", Teruskanlah kerja anda. Semoga Hari Isnin ini dipenuhi rahmat dan keberkatan

Wednesday, 22 February 2012



don't judge a book by its cover

Seorang pemuda menawarkan diri untuk menolong seorang wanita tua yang bukan beragama islam.

Pemuda tersebut membawa barang-barang wanita tua tersebut sehingga ke rumah wanita tua itu.

Sepanjang perjalanan wanita tua ini sering mencaci serta memburukkan Muhammad (saw) berdasarkan berita yang didengarinya.

Pemuda ini hanya mendiamkan diri, mendadah telinga mendengar cacian wanita tua itu dan terus membawa barangan wanita tua berkenaan.

Wanita tua tersebut sangat tertarik dengan akhlak pemuda tersebut dan sering menasihatinya supaya jangan terpedaya dengan Muhammad

Setibanya ke destinasi yang dituju, sebelum berpisah, wanita tersebut bertanyakan nama pemuda tersebut..
pemuda tersebut pun menjawab “muhammad”.

Wanita tua tersebut meminta mengulangi nama nya semula kerana pendengarannya kurang baik
Pemuda tersebut pun mengulanginya semula “Muhammad”.

Pendengarannya tidak silap…wanita tua tersebut terus menangis dan mengucap shahadah..
Bertapa indahnya akhlak Rasulullah (saw) yang sepatutnya kita ikuti
Oleh itu janganlah kita buruk sangka, memberi tanggapan negative terhadap seseorang yang kita baru kenalinya/ tidak kenali.

Moral of the story, "Don't judge a book by its cover" dengarlah/bacalah berita dari sumber yang betul







DONT TALK TO ME ABOUT MUHAMMAD


Friday, 17 February 2012

Hafalan shalat delisa (mesti tonton)





Filem yang diadaptasi daripada novel Hafalan Shalat Delisha, karya Tere Liye. Kisah penuh dengan elemen-elemen kehidupan keluarga muslim, penuh kasih sayang dan kebahagiaan.

Kemesraan di antara kak Fatimah, kak Zahra, kak aisyah dan delisha sangatlah mengambarkan hubungan adik beradik yang sangat utuh penuh kasih sayang.

Umi salamah dan abi usman juga melayan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Lemah lembut apabila berkomunikasi dengan anak-anaknya. 

Delisa anak bongsu yang sangat malas menghafal doa. Semua yang dibuatnya hanya untuk mendapatkan hadiah semata-mata. 

Tsunami melanda ketika Delisa sedang mengambil ujian bacaan shalat. Bermulalah kisah sedih kehidupan delisa, apabila kehilangan umi serta semua adik beradiknya.

Delisa hanya mempunyai abi sahaja. Tetapi delisa menjalani kehidupannya dengan tabah.
Saksikanlah kisah yang penuh dgn pengajaran dan boleh menjadi iktibar kepada kehidupan harian kita