Tuesday, 12 February 2013

MENCARI TIKET KE SYURGA


Adakah anda percaya bahawasanya kite mempunyai penjaga. Bukannya Ibubapa,suami, keluarga ataupun sesiapa. Juga bukan saka ataupun benda-benda yang kurafat. kita wajib percaya atas kewujudan penjaga kanan dan kiri kita ini. Itulah malaikat Raqib dan Atid. Malaikat Atid penjaga sebelah kanan yang ditugaskan mencatat amalan kebaikan, manakala Malaikat Raqib di sebelah kiri sentiasa mencatat amalan kejahatan.

Setiap amalan dan perbuatan akan dicatat serta mendapat balasan seperti yg telah ALLAH janji kan. Syurga menanti kita. Hanya kita sahaja yang perlu mencari tiket untuk ke syurga.

Tetapi banyak kemungkaran-kemungkaran yang telah kita lakukan secara sedar dan tidak sedar. Semoga ALLAH mengampuan kan dosa-dosa kita yang terlalu mencintai dunia.. 


 








Wednesday, 10 October 2012

FILEM & DRAMA

Typical cerita Melayu, kebiasaannya baru menonton cerita tersebut, sudah boleh agak pengakhirannya... 

Antara situation yang biasa berlaku:- 
Pasangan yg telah berkahwin dan tidak memiliki anak.
·         si suami akan mula mencari pasangan yang lain dgn harapan utk memiliki zuriat sendiri.
·         si suami akan berkahwin lain tanpa pengetahuan si isteri
·         apabila si suami berkahwin lain dan mempunyai zuriat bersama pasangan barunya
·         si isteri pertama pasti akan mengetahui si suami telah mempunyai isteri lain, maka berlakulah perbalahan antara si suami dan isteri pertama.
·         di akhir cerita si suami akan meninggal dunia ataupun si isteri kedua akan meninggal dunia, anak yang dilahirkan akan diberi kepada isteri pertama.

Persoalannya adakah apabila berkahwin lain, pasti akan memiliki zuriat yg di idamkan???

Cerita sebegini boleh meracuni fikiran penonton terutamanya si isteri. Ini boleh menimbulkan pergaduhan di dalam rumahtangga.

Walaupun ianya hanya sekadar cerita tiada kena mengena samada yang hidup atau pun yang telah mati, manusia mudah tertipu dengan bisikan syaitan.

Banyak lagi cerita-cerita yang tidak dapat mendidik masyarakat. Terutamanya cerita-cerita hantu, dongeng dan sebagainya.

Hentikanlah cerita sebegini. Hidangkanlah cerita yang boleh mendidik masyarakat kearah kebaikan.


Monday, 8 October 2012

Magnum.. nyum..nyum


Tangan dihulur untuk bersalaman

"awak dah baligh kan,dah tak boleh bersalam"
"oh..ye..ok"
"jangan kecik hati yer.. Akak bukannya sombong tau"
"Nanti akak belanje magnum"
"osem..sy suke..sy suke"
"ceh suka sangat :)"

Friday, 5 October 2012

Jumaat Tiba Lagi

Jumaat yg penuh barakah....Walaupun dh petang, sempat lagi untuk membaca surah khafi untuk manfaat bersama :)






Friday, 15 June 2012

WRONG PASSWORD

Aku menghadapi masalah ini sejak sebulan yang lepas. Apabila log on, aku cuba menaip password di column "user name",Puas sudah aku mencubanya. Abjad di taip, tetapi yang kelihatan adalah number. 
Aku pun mengadu kepada rakan office. Ternyata 'num lk' di on kan. Hari ini baru masalah ini dapat diselesaikan. Ternyata aku masih banyak yang tidak ku ketahui. Dalam erti kata lain, aku ini buta IT :)

 

Tuesday, 12 June 2012

SYUKUR

Apabila nikmat kesihatan ditarik, bersyukur sangat apabila berada dalam keadaan sihat. Ibadah juga mudah dilaksanakan dengan sempurna.


Dalam apa jua keadaan senang ataupun sukar, solat perlu dilaksanakan. Jika tidak mampu berdiri, duduklah utk bersolat. Jika tidak mampu juga, berbaringlah. Begitu pentingnya solat. Janganlah kita sombong pada Allah. Kita hanya hamba Allah, dia mencipta dan akan mematikan kita. Bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan


Sunday, 10 June 2012

MONDAY BLUES

Apabila mengenangkan hari ini hari Isnin. Mulalah penyakit keMalasan melanda.
Malas nak bangun pagi, Malas nak iron baju, Malas untuk pergi kerja, Malas menempuh kesesakan lalu lintas. Yang paling menyampahkan adalah apabila minyak kereta tinggal se'bar'.belum lagi ditambah, tetiba-tiba system kumbahan beroperasi sesuka hati. Mengenangkan kerja office yang berlambak.

Kesimpulannya syaitan berada di mana-mana sahaja. mereka akan berusaha untuk menyesatkan umat manusia. Sebagai umat manusia beristigfarlah dan bersabarlah. Pedulikan istilah "Monday Blues", Teruskanlah kerja anda. Semoga Hari Isnin ini dipenuhi rahmat dan keberkatan